Entry kali ini adalah berkenaan
aku dan persediaan masuk U..untuk kali ke-2. memang hebatla..maka kali ini aku
sambung degree jerr..aku baru tamat diploma dan tanam anggur dengan jayanya
untuk 4 bulan. Biasanya rakan sebaya aku mengambil peluang semasa cuti ni untuk
bekerja, ikut program ini itu, ambil lesen dan sewaktu dengannya tapi aku
dengan malasnya membazir masa dengan tinggal di rumah sahaja. Nampak sangat
kemalasannya disana. Dulu angan-angan konon masa cuti nak kerja la, nak ambil
lesen la, nak itu la ini la, tapi satu hampeh pun tak ada. Standard orang
pemalas macam aku la. Lagipun parent aku tak tekankan suruh aku pergi cari
kerja malah lagi suka aku duduk kat rumah jadi amah. Tapi ok la, at least ada
aku masak lunch dan dinner. Ada
aku kemas rumah (walaupun aku agak malas). Untungla sapa jadikan aku menantu
(perasan). Walhal yang demikian, (ayat sastera) ada satu benda aku tak dapat
nak halang la iaitu kenaikan berat badan yang sangat ketara. Aku plan dulu nak
‘diet’ tapi lain pula jadinya. Tinggal di rumah pastu jadi chef terjun memang
inilah hasilnya. Then bila try pakaian lama dah tak muat, padan muka aku. Tapi
taka pa, bak kata doctor yang check aku hari tu, “nanti study, turun la berat
tu..”. Iya, aku pun rasa begitu walaupun tak ketara.
Masa mula-mula dapat tahu aku
dapat pure chemical engineering punya kos, aku agak terkilan sebab aku minta
process chemical engineering, tak pun bioprocess chemical engineering. Sekali
dapat pure. Mungkin bukan rezeki aku. Then yang buat aku sedih sikit sebab
kawan aku (Nana) dapat process. Dah takda nasib nak sama-sama study dah. Tapi hidup
mesti diteruskan. Mungkin minat aku akan timbul. Bukan mungkin tapi harus
timbul. Aku tak mahu tenggelam. Tapi, haishh, banyak pula tapi – tapi aku ni,
aku rasa tak se-excited masa dapat diploma dulu. Mungkin sebab aku sakit masa
tu jadi kadar tindak balas aku kurang?? Malah aku rasa takut, nervous tak payah
cerita.. maybe sebab aku dah lama sangat bercuti, aku takut kalau aku tak dapat
nak cope and catch up. Lagi pula, aku bakal berjauhan dari famili. Well ini
bukan kali pertama aku berjauhan, malah aku pernah stay setahun di Labuan masa matriks dulu. Tapi kali ini, aku rasa shah
alam tu sangat jauh dan bila aku bayangkan aku bakal menghabiskan 3 tahun di sana , makin berat hati aku
rasa. Dah berapa hari aku tak dapat tidur lena. Asyik fikir pasal benda tu
saja. Aku takut aku culture shock, culture shock di sini bagi aku adalah dari
segi persekitarannya bukan yang aku pergi sana
terus bertukar jadi minah rempit ke, kaki lepak ke, jadi jahat ke..aku takut
aku tak dapat adapt..lainla masa di labuan dulu, sebab orang-orang sana macam orang-orang kat
tempat aku..friendly and nice..aku tulis macam ni sebab aku ada pengalaman yang
agak tidak baik masa ikut carnival sukan di shah alam dulu. Ini kisah benar
tiada tokok tambah, kalau orang yang buat benda tu sebaya aku atau kecil dari
aku aku tak kisah tapi benda ni dibuat oleh orang dewasa, kalau tengok muka ada
macam pakcik-pakcik yang baik hati selalu senyum kalau terjumpa di market. Aku
sangat terkejut sebab para pakcik-pakcik ni dengan selamba tenuk bertanya sama
ada aku dan kawan-kawan aku ni tahu cakap bahasa melayu?? Just because the “SARAWAK ” name on our shirt! Itu racisms okay pakcik!! Aku
terus hilang respect dengan pakcik-pakcik itu. Sudah tu pandang-pandang kita
orang. Tidak pernah terfikirkah mereka kalau anak-anak mereka atau sanak
saudara pergi ke Borneo dan adakah mereka akan
mengalami pengalaman yang sama? Apa perasaan dorang? Aku layan kawan-kawan
semenanjung aku baik-baik apa.. They are mostly welcome. Even, aku ada makcik
yang kawen dengan orang dari melaka – pakcik aku la, dia ok je.. famili aku x
takda masalah dengan dia..pakcik aku tu pun ok je..tak penah pula dia tanya
soklan bodoh macam “pandai ke cakap melayu? and stuff..” c’mon la~ nampaknya
masih ada pemikiran masyarakat yang agak cetek.. tapi hidup mesti diteruskan! Masuk
kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum! Harap-harap aku tak
bakal berjumpa dengan makhluk-makhluk racisms macam pakcik-pakcik tu lagi.
Harap mereka sedar cepat. Aku nak hidup aman damai. Hidup ni singkat untuk
membenci orang. Sakit hati pun sorang-sorang. Panjang pula bebelan aku kali
ini, kalau intro panjang sangat lari dari main topic la ni.
Pendekkan cerita, aku tak nak
cerita panjang-panjang pengalaman aku pergi medical check up di poliklinik
haritu.. pertamanya memang salah aku la pergi petang jam 3. poli tu tutup jam
5. so, lucky la kalau aku dapat selesaikan dalam sehari tu. Masa aku nak check
gigi, klinik gigi tu pula tutup dan semua staff ada taklimat so batal la
lagipun dah jam 4 masa tu. Memang tak sempat la. Masalah yang aku sengal ialah
aku dah tanya cik yang bertugas di bahagian pendaftaran bila masa orang boleh
datang medical check up. Dia jawab hari-hari. Okay, take note : every day can
go medical check up. That’s what she said. So esoknya, hari rabu aku pergi lagi
ke poli tu untuk check gigi. Sesudah cek gigi, aku pun pergi la jumpa doctor
untuk sign pada muka surat
terakhir tu. Sekali jumpa dia cakap cuma hari selasa dan khamis sahaja ada
medical check up. Wtf?? Tapi cik kat bahagian pendaftaran tu kata
hari-hari…that’s what she said.. kimmmss.. kalau aku tahu khamis jak aku
sambung pegi cek gigi dan terus jumpa doctor tu. So esoknya dengan bengang hati
aku pergi lagi ke poli untuk mendapatkan sign doctor dan menyudahkan procedure
terakhir yang diperlukan. Kali ni doctor yang aku jumpa semalam tiba-tiba
takda, so aku kena jumpa doctor lain. Sekali la dapat doctor yang x friendly.
Aku banyak tanya biasalah sebab aku bukan hari-hari datang buat medical check
up. Aku cakap bahasa Malaysia
ok! Tapi kenapa dia tak jawab dan layan aku?! Aku cakap depan muka dia dengan
nada yang dapat didengari. Aku tak tahu kenapa dia cuak dengan aku. Maybe sebab
dia pregnant dan masa kerja dah nak tamat sebab jam 5 dah masa tu. Kenapa harus
nurse yang duduk kat belakang tu yang kena jawab bagi pihak dia?? Nak fikir
doctor tu tak faham bahasa Malaysia ,
agak mustahil la sebab masa mula-mula masuk aku dengar doctor tu bercakap
dengan nurse tu dalam bahasa iban. Aku tengok name tag doctor tu nama cina,
kali ciban la ni doctor – cina + iban. Soalan aku simple sahaja ok, aku tanya –
“X-ray ni saya boleh bawa balik ke tak?” Apa la susah sangat nak angguk kepala
ke geleng kepala ke?? Doctor tu main tarik saja aku punya x-ray pastu nurse tu
yang jawab, “tak payah, kami simpan.” LOL. Maka trip 3 days aku ke poli pun
tamat.
p/s: aku pun ada cerita yang osem
pasal medical check up ok..
Medical check up sudah, tiket
sudah confirm, tapi belum bayar yuran.. Aku fly 28hb ni dengan famili.. aku nak
pergi sendiri tapi then my mum kata dorang nak hantar aku. Aku gembira la sebab
ada orang temankan, aku tak sorang-sorang.. betapa besar pengorbanan seorang
ibu. Tapi gerenti aku la orang yang paling cengek masa dorang balik kelak. Dulu
bila dorang hantar aku setakat sampai stesen bas sahaja, aku masih boleh terima
lagi, senyum-senyum, lambai bye-bye.. Tapi bila dorang hantar aku sampai ke
kolej dan aku yang lambai-lambai dorang, aku yang emo nangis-nangis. Makanya
aku lagi suka menjadi orang yang pergi meninggalkan dari ditinggalkan pergi
(apakah).
Sekarang aku kiranya dah buat
list la..apa dokumen kena bawa, barang-barang kena sedia..harap-harap aku takda
lupa apa-apa yang penting la..tapi the most important thing to do right now is
mental preparation! Benda ni yang paling penting sekali. Aku kena reset
minda..kena warm up otak aku yang enjinnya dah sejuk dan nak berkarat. Aku juga
harus kuatkan iman! Sebab dugaan sekarang ni dasyat-dasyat! Takut hanyut itulah
cabaran terbesar di universiti. Dalam 2 minggu yang tinggal ni aku patut refill
balik memory ni dengan basic things takut nanti lost masa start kuliah. Self
esteem aku kena improve la juga. Lama sangat tak bersosial dengan makhluk-makhluk
tuhan ni membuatkan aku agak loner dan tak tahu sangat nak berkomunikasi..
hahaha ada ke gitu??
Pesanan untuk diri sendiri:
Biarpun bukan
baru melangkah ke alam universiti, tapi aku berharap aku jalani kehidupan
sebagai seorang pelajar dengan baik, taknak main-main sangat dah, selalu ingat
pesanan ibu, jangan kecewakan mereka, belajar elok-elok,dan paling penting
carila kawan yang betul sebab aku dan kawan-kawan ini bakal melalui 3 tahun
bersama. So, dear friends let’s be good to each other and work toward our
dreams together..
Azam tahun 2013:
- Aku nak jadi lebih baik dari sebelumnya.
Buat banyak
kebaikan macam tolong kawan yang memerlukan pertolongan dengan ikhlas, bantu
strangers yang dalam kesusahan. Mana tahu strangers tu boleh jadi kawan lepas
tu. Everything happens for a reason. Aku nak jadi kawan yang baik kepada
kawan-kawan aku. Aku nak jadi anak dan kakak yang baik kepada famili aku. Aku nak
pergi gereja setiap hari minggu. Cuma jika bersama keluarga sahaja baru rajin
ke gereja. Aku sedar aku semakin menjauh darimu seperti anak domba yang hilang.
- Jadi lebih dewasa dan matang.
Aku sedar aku ni
dah dalam kategori dewasa Cuma aku yang enggan menerima kenyataan. Aku rasa aku
masih macam budak-budak. Takpun masih terasa umur 17. well, 17 forever la
katakan.. aku sedar aku belum bersedia tapi sampai bila. Satu masa aku harus
hadapi cabaran dan rintangan hidup sebagai seorang dewasa. Scary as it sounds
but that is reality. I have this disease called peter pan syndrome - afraid of
growing up. I don’t think I’m ready for this yet I have to. It’s about time.
- Buat yang terbaik.
Aku sedar aku
lalai selama ini. Aku kecewa dan menyesal. Tapi nasi sudah jadi bubur maa.. so,
untuk degree ni aku nak buat yang terbaik, yang termampu aku lakukan demi masa
depan sendiri dan hadiah buat keluarga tercinta. Dapat dekan ka. Takda subjek
fail ka. Aku ingin buktikan aku juga mampu dan dapat berjaya seperti orang
lain.
p/s: cakap senang la..tapi we'll see..harap2 motivasi diri ini berkekalan untuk jangka masa yang panjang. HWAITING!
4 comments:
kemain panjang lebar entry ko, gay. hwaiting! semoga tercapai azam 2013 ko tu ye. :P
eh, xray tu kena bawak laaa. dorgsae ckp nnt d sana dorg mintak tu x ray kalau nda silap.
lol kan doktor x friendly tu smpan..tapi aku ada dia punya result ba..meka sana ambil ka kita punya x-ray? x kan..
aku nda sure. sae ckp ari tu mcm dorg mintak. huhu. tp slalu med check up bukan mmg kita bwk balek ka xray tu? buat apa ko bayar mahal2, tp xray tu dorg ambek balek? LOL
aku dah xdpt ambek tu xray..x dpt jg pg xray 2x, byk sel aku mati karang..kwn aku kata xpyh bw..xpyh la
Post a Comment