Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

Words For Anonymous


Friday, February 15, 2013

Aku dan persiapan U


Entry kali ini adalah berkenaan aku dan persediaan masuk U..untuk kali ke-2. memang hebatla..maka kali ini aku sambung degree jerr..aku baru tamat diploma dan tanam anggur dengan jayanya untuk 4 bulan. Biasanya rakan sebaya aku mengambil peluang semasa cuti ni untuk bekerja, ikut program ini itu, ambil lesen dan sewaktu dengannya tapi aku dengan malasnya membazir masa dengan tinggal di rumah sahaja. Nampak sangat kemalasannya disana. Dulu angan-angan konon masa cuti nak kerja la, nak ambil lesen la, nak itu la ini la, tapi satu hampeh pun tak ada. Standard orang pemalas macam aku la. Lagipun parent aku tak tekankan suruh aku pergi cari kerja malah lagi suka aku duduk kat rumah jadi amah. Tapi ok la, at least ada aku masak lunch dan dinner. Ada aku kemas rumah (walaupun aku agak malas). Untungla sapa jadikan aku menantu (perasan). Walhal yang demikian, (ayat sastera) ada satu benda aku tak dapat nak halang la iaitu kenaikan berat badan yang sangat ketara. Aku plan dulu nak ‘diet’ tapi lain pula jadinya. Tinggal di rumah pastu jadi chef terjun memang inilah hasilnya. Then bila try pakaian lama dah tak muat, padan muka aku. Tapi taka pa, bak kata doctor yang check aku hari tu, “nanti study, turun la berat tu..”. Iya, aku pun rasa begitu walaupun tak ketara.

Masa mula-mula dapat tahu aku dapat pure chemical engineering punya kos, aku agak terkilan sebab aku minta process chemical engineering, tak pun bioprocess chemical engineering. Sekali dapat pure. Mungkin bukan rezeki aku. Then yang buat aku sedih sikit sebab kawan aku (Nana) dapat process. Dah takda nasib nak sama-sama study dah. Tapi hidup mesti diteruskan. Mungkin minat aku akan timbul. Bukan mungkin tapi harus timbul. Aku tak mahu tenggelam. Tapi, haishh, banyak pula tapi – tapi aku ni, aku rasa tak se-excited masa dapat diploma dulu. Mungkin sebab aku sakit masa tu jadi kadar tindak balas aku kurang?? Malah aku rasa takut, nervous tak payah cerita.. maybe sebab aku dah lama sangat bercuti, aku takut kalau aku tak dapat nak cope and catch up. Lagi pula, aku bakal berjauhan dari famili. Well ini bukan kali pertama aku berjauhan, malah aku pernah stay setahun di Labuan masa matriks dulu. Tapi kali ini, aku rasa shah alam tu sangat jauh dan bila aku bayangkan aku bakal menghabiskan 3 tahun di sana, makin berat hati aku rasa. Dah berapa hari aku tak dapat tidur lena. Asyik fikir pasal benda tu saja. Aku takut aku culture shock, culture shock di sini bagi aku adalah dari segi persekitarannya bukan yang aku pergi sana terus bertukar jadi minah rempit ke, kaki lepak ke, jadi jahat ke..aku takut aku tak dapat adapt..lainla masa di labuan dulu, sebab orang-orang sana macam orang-orang kat tempat aku..friendly and nice..aku tulis macam ni sebab aku ada pengalaman yang agak tidak baik masa ikut carnival sukan di shah alam dulu. Ini kisah benar tiada tokok tambah, kalau orang yang buat benda tu sebaya aku atau kecil dari aku aku tak kisah tapi benda ni dibuat oleh orang dewasa, kalau tengok muka ada macam pakcik-pakcik yang baik hati selalu senyum kalau terjumpa di market. Aku sangat terkejut sebab para pakcik-pakcik ni dengan selamba tenuk bertanya sama ada aku dan kawan-kawan aku ni tahu cakap bahasa melayu?? Just because the “SARAWAK” name on our shirt! Itu racisms okay pakcik!! Aku terus hilang respect dengan pakcik-pakcik itu. Sudah tu pandang-pandang kita orang. Tidak pernah terfikirkah mereka kalau anak-anak mereka atau sanak saudara pergi ke Borneo dan adakah mereka akan mengalami pengalaman yang sama? Apa perasaan dorang? Aku layan kawan-kawan semenanjung aku baik-baik apa.. They are mostly welcome. Even, aku ada makcik yang kawen dengan orang dari melaka – pakcik aku la, dia ok je.. famili aku x takda masalah dengan dia..pakcik aku tu pun ok je..tak penah pula dia tanya soklan bodoh macam “pandai ke cakap melayu? and stuff..” c’mon la~ nampaknya masih ada pemikiran masyarakat yang agak cetek.. tapi hidup mesti diteruskan! Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum! Harap-harap aku tak bakal berjumpa dengan makhluk-makhluk racisms macam pakcik-pakcik tu lagi. Harap mereka sedar cepat. Aku nak hidup aman damai. Hidup ni singkat untuk membenci orang. Sakit hati pun sorang-sorang. Panjang pula bebelan aku kali ini, kalau intro panjang sangat lari dari main topic la ni.

Pendekkan cerita, aku tak nak cerita panjang-panjang pengalaman aku pergi medical check up di poliklinik haritu.. pertamanya memang salah aku la pergi petang jam 3. poli tu tutup jam 5. so, lucky la kalau aku dapat selesaikan dalam sehari tu. Masa aku nak check gigi, klinik gigi tu pula tutup dan semua staff ada taklimat so batal la lagipun dah jam 4 masa tu. Memang tak sempat la. Masalah yang aku sengal ialah aku dah tanya cik yang bertugas di bahagian pendaftaran bila masa orang boleh datang medical check up. Dia jawab hari-hari. Okay, take note : every day can go medical check up. That’s what she said. So esoknya, hari rabu aku pergi lagi ke poli tu untuk check gigi. Sesudah cek gigi, aku pun pergi la jumpa doctor untuk sign pada muka surat terakhir tu. Sekali jumpa dia cakap cuma hari selasa dan khamis sahaja ada medical check up. Wtf?? Tapi cik kat bahagian pendaftaran tu kata hari-hari…that’s what she said.. kimmmss.. kalau aku tahu khamis jak aku sambung pegi cek gigi dan terus jumpa doctor tu. So esoknya dengan bengang hati aku pergi lagi ke poli untuk mendapatkan sign doctor dan menyudahkan procedure terakhir yang diperlukan. Kali ni doctor yang aku jumpa semalam tiba-tiba takda, so aku kena jumpa doctor lain. Sekali la dapat doctor yang x friendly. Aku banyak tanya biasalah sebab aku bukan hari-hari datang buat medical check up. Aku cakap bahasa Malaysia ok! Tapi kenapa dia tak jawab dan layan aku?! Aku cakap depan muka dia dengan nada yang dapat didengari. Aku tak tahu kenapa dia cuak dengan aku. Maybe sebab dia pregnant dan masa kerja dah nak tamat sebab jam 5 dah masa tu. Kenapa harus nurse yang duduk kat belakang tu yang kena jawab bagi pihak dia?? Nak fikir doctor tu tak faham bahasa Malaysia, agak mustahil la sebab masa mula-mula masuk aku dengar doctor tu bercakap dengan nurse tu dalam bahasa iban. Aku tengok name tag doctor tu nama cina, kali ciban la ni doctor – cina + iban. Soalan aku simple sahaja ok, aku tanya – “X-ray ni saya boleh bawa balik ke tak?” Apa la susah sangat nak angguk kepala ke geleng kepala ke?? Doctor tu main tarik saja aku punya x-ray pastu nurse tu yang jawab, “tak payah, kami simpan.” LOL. Maka trip 3 days aku ke poli pun tamat.

p/s: aku pun ada cerita yang osem pasal medical check up ok..

Medical check up sudah, tiket sudah confirm, tapi belum bayar yuran.. Aku fly 28hb ni dengan famili.. aku nak pergi sendiri tapi then my mum kata dorang nak hantar aku. Aku gembira la sebab ada orang temankan, aku tak sorang-sorang.. betapa besar pengorbanan seorang ibu. Tapi gerenti aku la orang yang paling cengek masa dorang balik kelak. Dulu bila dorang hantar aku setakat sampai stesen bas sahaja, aku masih boleh terima lagi, senyum-senyum, lambai bye-bye.. Tapi bila dorang hantar aku sampai ke kolej dan aku yang lambai-lambai dorang, aku yang emo nangis-nangis. Makanya aku lagi suka menjadi orang yang pergi meninggalkan dari ditinggalkan pergi (apakah).

Sekarang aku kiranya dah buat list la..apa dokumen kena bawa, barang-barang kena sedia..harap-harap aku takda lupa apa-apa yang penting la..tapi the most important thing to do right now is mental preparation! Benda ni yang paling penting sekali. Aku kena reset minda..kena warm up otak aku yang enjinnya dah sejuk dan nak berkarat. Aku juga harus kuatkan iman! Sebab dugaan sekarang ni dasyat-dasyat! Takut hanyut itulah cabaran terbesar di universiti. Dalam 2 minggu yang tinggal ni aku patut refill balik memory ni dengan basic things takut nanti lost masa start kuliah. Self esteem aku kena improve la juga. Lama sangat tak bersosial dengan makhluk-makhluk tuhan ni membuatkan aku agak loner dan tak tahu sangat nak berkomunikasi.. hahaha ada ke gitu??

Pesanan untuk diri sendiri:

Biarpun bukan baru melangkah ke alam universiti, tapi aku berharap aku jalani kehidupan sebagai seorang pelajar dengan baik, taknak main-main sangat dah, selalu ingat pesanan ibu, jangan kecewakan mereka, belajar elok-elok,dan paling penting carila kawan yang betul sebab aku dan kawan-kawan ini bakal melalui 3 tahun bersama. So, dear friends let’s be good to each other and work toward our dreams together..

Azam tahun 2013:

  • Aku nak jadi lebih baik dari sebelumnya.

Buat banyak kebaikan macam tolong kawan yang memerlukan pertolongan dengan ikhlas, bantu strangers yang dalam kesusahan. Mana tahu strangers tu boleh jadi kawan lepas tu. Everything happens for a reason. Aku nak jadi kawan yang baik kepada kawan-kawan aku. Aku nak jadi anak dan kakak yang baik kepada famili aku. Aku nak pergi gereja setiap hari minggu. Cuma jika bersama keluarga sahaja baru rajin ke gereja. Aku sedar aku semakin menjauh darimu seperti anak domba yang hilang.

  • Jadi lebih dewasa dan matang.

Aku sedar aku ni dah dalam kategori dewasa Cuma aku yang enggan menerima kenyataan. Aku rasa aku masih macam budak-budak. Takpun masih terasa umur 17. well, 17 forever la katakan.. aku sedar aku belum bersedia tapi sampai bila. Satu masa aku harus hadapi cabaran dan rintangan hidup sebagai seorang dewasa. Scary as it sounds but that is reality. I have this disease called peter pan syndrome - afraid of growing up. I don’t think I’m ready for this yet I have to. It’s about time.

  • Buat yang terbaik.

Aku sedar aku lalai selama ini. Aku kecewa dan menyesal. Tapi nasi sudah jadi bubur maa.. so, untuk degree ni aku nak buat yang terbaik, yang termampu aku lakukan demi masa depan sendiri dan hadiah buat keluarga tercinta. Dapat dekan ka. Takda subjek fail ka. Aku ingin buktikan aku juga mampu dan dapat berjaya seperti orang lain. 

p/s: cakap senang la..tapi we'll see..harap2 motivasi diri ini berkekalan untuk jangka masa yang panjang. HWAITING!

Another History I created since 1990

4 comments:

elle.nana said...

kemain panjang lebar entry ko, gay. hwaiting! semoga tercapai azam 2013 ko tu ye. :P

eh, xray tu kena bawak laaa. dorgsae ckp nnt d sana dorg mintak tu x ray kalau nda silap.

JCtiffany said...

lol kan doktor x friendly tu smpan..tapi aku ada dia punya result ba..meka sana ambil ka kita punya x-ray? x kan..

elle.nana said...

aku nda sure. sae ckp ari tu mcm dorg mintak. huhu. tp slalu med check up bukan mmg kita bwk balek ka xray tu? buat apa ko bayar mahal2, tp xray tu dorg ambek balek? LOL

JCtiffany said...

aku dah xdpt ambek tu xray..x dpt jg pg xray 2x, byk sel aku mati karang..kwn aku kata xpyh bw..xpyh la

Post a Comment

The Bible “Why do you eat and drink with tax collectors and ’sinners’?” Jesus answered them, “It is not the healthy who need a doctor, but the sick. I have not come to call the righteous, but sinners to repentance.” Luke 5: 30-32
 
EXOPLANET OF MINE